In-Saff

Dari Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq berpesan: Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

Apa pula kata Sayyidina Umar Al-Khattab?Beliau berkata: Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”
                                                          (jadi...bersabarlah kerna sabar itu separuh dri IMAN...)


BerTaubatlah Selagi Pintu Taubat ALLAH masih terbuka..
Pernahkah anda mengalami situasi dimana mcg x dpt dihantar or x dpt surf internet disebabkan kesibukan talian...tapi pernahkah kita membayangkan doa & taubat kita x berjaya sampai kpd ALLAH krn kesibukan disebbkan terlalu ramai insan didunia ini yg sedang berdoa dan memohon kpd ALLAH...bersyukurlah kita krn 'line' kpd ALLAH x pernah sibuk...oleh itu segeralah bertaubat selagi pintu keampunan masih terbuka

"Harapan ana disini agar para teman segera bertaubat kpd Yang-Esa selagi Dia menerima taubat kita....renungkanlah"kata2 insaf dri penerbit


 Al-Quran......
 Dalam Islam Al-Quran ini adalah panduan hidup kite...tanpa ia x mungkin kite akan berada dlm landasan kehidupan yg sebenar(sesat)..samelah seperti kereta yg memerlukan buku panduan kalau x...bukan kt landasan jalan raye le...dlm gaung mungkin...

haha..madey kasi hamster makan plak..